Nota untuk Mama

genap 21 tahun,
aku dapat bersama mama sekali lagi,
rezeki mana lagi yang aku ingin dustakan?

dan selama 21 tahun ini,
banyak suka duka aku lalui dengan mama,
daripada aku dibelai lembut sewaktu kecil,
daripada aku dirotan dan dicubit sewaktu kanak-kanak,
daripada aku sering dimarahi dek kerana degil remaja,
daripada aku dilontarkan kata kata nasihat,
sehinggalah sekarang dilontarkan dengan senyum kasih oleh mama,
doa mama pada anaknya tidak pernah putus,
begitulah jua doa anaknya pada mama.


cukup lah perkara lalu dijadikan kenangan,
cukuplah yang lalu dijadikan siksaan jiwa mama,
cukuplah yang lalu itu membuatkan air mata mama jatuh sebab aku,
cukuplah yang lalu itu berlalu pergi,
jangan biarkan ia terjadi sekali lagi.


bukan anak yang sempurna,
tapi berusaha jadi yang terbaik buat mama,
siapa lagi yang sudi dengar masalah dan cerita aku,
kalau bukan mama?


siapa lagi yang sudi ceramahkan aku,
yang sudi ajar aku mengaji,
yang sudi bawa aku ke dapur mengenal bawang dan halia, 
yang sudi melayan mesej dan panggilan aku ketika aku bosan,
yang sudi sabar dengan aku,
kalau bukan mama.


mama,


memang tidak akan cukup sebuah buku itu untuk ceritakan dosa lampau pada mama,
cukup banyak dan tersangatlah banyak.


sebab itu,
aku gunakan peluang ini,
untuk tebus balik dosa lampau pada mama,
walaupun ia tak dapat menandingi seluas padang dosa lampau,
tapi aku yakin, 
dengan redha dan keampunan daripada mama,
insha allah hidup aku berkat,
kerana redha Allah itu datang daripada redha nya seorang ibu, seorang bapa.


kuatnya cinta mama pada anaknya sehingga dapat mengalahkan betapa kuatnya cinta aku pada kawan,
kuatnya jiwa seorang mama dapat mengalahkan peti besi harta karun dunia,
kebalnya hati mama sehingga mampu kalahkan kekebalan ahli silat tradisional,
namun di sudut hatinya, 
mama akan tetap menangis kalau anaknya derhaka padanya



aku,
seorang anak penuh dosa, 
punyai impian untuk menjadi seperti mama,
kuat seperti mama,
tabah seperti mama,
sabar seperti mama,
rajin seperti mama,
bijak seperti mama,
gembira seperti mama,
dan kebal seperti mama.


walau banyak caci hina mama terima,
dia tetap dia.

mama tidak berpura-pura,
dia adalah dia,
dan tiada siapa yang boleh menggantikan dia,
kerana dialah syurga kepada anak-anaknya.


mama,
sesuci hati mama takkan sanggup aku kotorkan,
sebab mulia nya hati mama, 
hanya Tuhan saja yang tahu.


mama, 
dengarlah, 
anakmu ini dahagakan kasih sayangmu,
anakmu ini dahagakan cintamu,
anakmu ini juga dahagakan belaianmu,
andai anakmu pergi dulu,
doakanlah anakmu agar tenang di dunia baru,
doakanlah anakmu dilindungi azab neraka.


apa pun yang terjadi,
cinta aku pada mama,
takkan terputus sepertimana putusnya cinta Angelina dan Brad Pitt



Moga Allah lindungi mama,
berkati hidup mama,
berkati hidup kita semua.




Selamat Hari Ibu, 
MAMA :)










Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

takkan berulang

5:30 am

5 tahun sudah