Posts

Showing posts from December, 2023

5 tahun sudah

Post terakhir saya ditulis pada 8 Oktober 2018. selepas 5 tahun mendiamkan diri di sini, rupanya dah berhabuk sungguh. dah tak berdaya nak uruskan blog ni lagi. mana-mana yang sempat saya belajar coding blogspot dulu, dah lenyap dalam otak. Kita kekalkan saja lah dengan blog sebegini rupa ya. Ada ja waktu saya melawat blog ni seorang diri. Saya baca postingan lama yang pernah ditulis waktu zaman sekolah dulu. ini lah tempat nak meluahkan isi hati dan cerita dengan orang ramai. masa tu, tengah vibing lagi. sekarang tidak lagi. barangkali, blog ini akan terus kelihatan sunyi dan hanya akan dibaca untuk bacaan sendiri saja. tidak ada lagi "blogwalking" yang pernah hangat dilakukan pada zaman sekolah dulu. tiada lagi kepentingan mencari followers di sini. blog ini hanya akan digunakan kalau ada waktu untuk saya menulis isi hati dan cerita sendiri. mungkin? zaman dah berubah seiring dengan hati kita yang sering berubah. eh? daripada seorang siswazah hingusan yang hanya banyak meng