Posts

Showing posts from 2015

catatan sampah

nak yang terang yang berkelip yang berbatu, nak yang panas yang rangup yang panjang, sampai suatu hari, aku tutup mata tengok orang depan mula berkata, "cubalah jangan melampau nanti kubur pun sendiri jua! ukurlah baju kau sendiri jgn cepat lupa diri!" sabar. jangan begitu. kita settle cara baik. tidakkah kalian nampak, aku sedang memandang manusia menikmati roti 'baguette ' aku terpesona melihat manusia yang punya cahaya di muka, memantulkan sinaran kaca yang cukup indah, berbaju segak dan tinggi lampai orangnya, sambil membaca surat khabar. jangan cepat menuduh yang enggak enggak.

Wordless #3

Image
Assalamualaikum :)

manifesto

11 Ogos 2015 - Manifesto Pelajar kerja gila ni tak pernah aku buat lagi. berucap. atas. stage. atas tujuan, membentangkan manifesto setelah dipilih menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (MPP) sebagai Exco Kerohanian. gigil. takut. aku gila! jujur, aku pemalu. sangat pemalu. malu tak bertempat. boleh kata, aku dah berjaya keluar daripada comfort zone. sampai bila asyik nak malu? analogi merepek aku bagi secara spontan atas stage tu sebenarnya boleh pakai jugak untuk motivate diri sendiri. boleh lah daripada takda. "kita semua datang macam cawan kosong. tiada air, tiada apa. hanya sebuah gelas kosong. ringan. kosong. maka kita niat di sini, untuk isi cawan kosong ni dengan air. air azimat atau tidak, kita sendiri kena isi. kita sendiri yang akan decide. biar kita isi sampai air tumpah. jangan biar kurang!" atau nak lebih mudah faham, "from zero to hero" aku saja buat complicated. tahniah untuk diri sendiri! okay

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Image
26 Mei 2015 - PBAKL 2015  nah..tu dia rupa pee-dabeliew-tee-see yg tak pernah aku jejak. aku warga twitter. ramai penulis baru aku follow. sampai suatu masa, buku buku mereka masuk list sampai boleh jejak PWTC! tepuk banyak sikit! (gambar nampak cringe sebab aku sengaja susun molek untuk blog punya pasal) fokus aku, nak cari buku DIAgnosis part 1 and 2.  but sadly, habis teruk!! aku redha je lah. rembat mana yang ada je daripada balik dengan tangan kosong. untuk permulaan ni, aku kena jinak jinak dulu dengan buku buku ilmiah ni. baru lah boleh bagi aku penampar sikit. bagi aku cepat triggered ke apa sebab aku selalu lupa yang aku rupanya hamba Tuhan yang dahagakan rahmat dan hidayah-Nya. sedikit kenangan dari sana, dapat lah aku tatap wajah Prof Dr Muhaya atas stage! tipulah aku kata aku tak exited! sekian.

wordless #2

Image
Assalamualaikum :)

Delta punya Handball

Image
salam. sementara tengah menganggur lepas spm ni, ada juga lah rasa nak throwback masa plkn haritu. jujur, aku tak pandai bercerita di sini. nanti kamu semua gelak baca! sebenarnya nak ubat rindu. sebelum majlis penutupan, adalah sedikit game antara kompeni. boleh lah nak buat modal kenang-kenangan gitu. 5 tahun lepas, boleh kata aku pro main handball (sekolah rendah), lepas tu pencen sekejap masuk high school. elak sunburn kononnya. masuk kem, sunburn teruk kaw kaw punya aku dapat! untuk modal kenangan ni, boleh lah team aku balun 2-0 (lawan kalah mati). nak bagitau sikit, aku pun penyumbang bertuah utk team Delta ya! masuk je final, teruk kena baling dengan kompeni Alpha sampai 5-0. rasa bodoh macam tak reti main. lmao! sakitnya, setiap kali main handball tak sah lah kalau tak kena tolak. ramai attack aku, berapa kali aku jatuh! adalah juga koyak seluar dekat bahagian lutut tu. come on, aku defend paling berjaya untuk team aku kot! i miss them. i rea

kata bahagia

Image
bismillah. (gambar hiasan: moment sewaktu hari terakhir di plkn siri 12) bahagia mata senang nak jumpa dengan adanya senyuman yang lebar, mekar hati aku dah puas sebab kita boleh ketawa semula manusia tak kata dia bahagia bila ada semut hitam keliling rumah, Kerana mereka anggap bahagia itu ibarat, Kaca dan tembikar atas meja, Sedang kita tak sedar kaca dan tembikar boleh pecah, maka, bahagia itu boleh pecah juga. Muka tak selalunya ketawa, Gusi tak selalunya basah, Mata tak selalunya bercahaya,  Cukup bagi aku membuat orang lain ketawa, tanpa rasa duka, sebab aku tak mahu melihat orang berduka, walau aku sendiri menanggung duka! 

wordless #1

Image
Assalamualaikum :)