5 tahun sudah
Post terakhir saya ditulis pada 8 Oktober 2018.
selepas 5 tahun mendiamkan diri di sini, rupanya dah berhabuk sungguh.
dah tak berdaya nak uruskan blog ni lagi. mana-mana yang sempat saya belajar coding blogspot dulu, dah lenyap dalam otak. Kita kekalkan saja lah dengan blog sebegini rupa ya.
Ada ja waktu saya melawat blog ni seorang diri. Saya baca postingan lama yang pernah ditulis waktu zaman sekolah dulu. ini lah tempat nak meluahkan isi hati dan cerita dengan orang ramai. masa tu, tengah vibing lagi. sekarang tidak lagi. barangkali, blog ini akan terus kelihatan sunyi dan hanya akan dibaca untuk bacaan sendiri saja. tidak ada lagi "blogwalking" yang pernah hangat dilakukan pada zaman sekolah dulu. tiada lagi kepentingan mencari followers di sini. blog ini hanya akan digunakan kalau ada waktu untuk saya menulis isi hati dan cerita sendiri. mungkin?
zaman dah berubah seiring dengan hati kita yang sering berubah. eh?
daripada seorang siswazah hingusan yang hanya banyak menghabiskan masa di atas katil asrama dan bermain kucing di rumah sewa, kini seorang siswazah sekali lagi. tapi, bukan di katil asrama. tapi di katil rumah pula.
Dulunya, saya seorang pelajar. kini, masih bergelar sebagai seorang pelajar lagi.
Dulunya, tidak punya kekasih dan bangga menjadi 'single', kini hati telah dicuri seorang lelaki.
zaman belajar orang suruh belajar, dia duk gataiii cari kekasih.
kalau boleh, saya nak letakkan beberapa kenangan gambar di dalam blog ni untuk tontonan saya sendiri. setidaknya, kalau ada gambar yang hilang, boleh saya cari di sini. kee tak perlu?
mendiamkan diri di sini, bukan bermaksud saya sepi sepenuhnya.
banyak social media yang sudah mulai tumbuh bagai cendawan sekarang. Fokus saya pun dah lari.
Dulu, blog ni tempat saya habiskan masa cuti. Kehadiran Tiktok sekarang makin mancanak nampaknya. Banyak hal saya kongsikan di Instagram dan X (dulunya adalah Twitter).
punya lama tinggal blog, sampai Elon Musk dah ambil Twitter dan gantikan dengan nama barunya, 'X'.
Benarlah bahawa, banyak hal boleh terjadi dalam masa setahun.
Sekarang pula, saya pun banyak tulis puisi dan catatan di Tumblr. itu lebih mudah nampaknya berbanding blogspot. rupanya, lama juga saya dah bersosial di sana. rasanya dari tahun 2010 lagi kot.
apa-apa pun, saya masih boleh access blogspot ni seperti dulu. senang untuk update pada masa akan datang.
salam.
Comments
Post a Comment