Posts

Showing posts from February, 2018

wa-kation (part I) : Langkawi #triplokal2018

Image
Pertama kali aku jejakkan kaki ke Langkawi pada tahun 2010 masa tu aku berumur 13 tahun. jujur kata, memang aku macam jakun sikit sebab selama ni aku tak pernah pergi, tapi bila dapat rezeki untuk pergi sana, dia punya exited tu lain macam sikit. Bajet pun aku rasa lebih juga kot hahaha!  Aku pernah cakap dengan parents aku yang aku teringin nak pergi Langkawi sekali lagi sebab aku masih tak puas hati sebab dulu tak dapat naik cable car! kononnya lah. Bertahun juga lah tunggu bila lah aku nak jejakkan kaki dekat Langkawi ni lagi. Aku pun tak tahu lah kenapa aku macam beriya gila nak pergi buat kali kedua.  Alhamdulillah, rezeki tahun baru ni aku dapat jejakkan kaki ke Langkawi sekali lagi. Hampir 8 tahun juga lah aku tunggu. Tapi, tu lah kena fikir juga. Aku ni bercuti bukan guna duit aku, tapi duit mak bapak ku jugak. hahaha! Lagipun, untuk orang yang biasa biasa macam aku ni, mesti kena ada bajet. Bukannya sesuka hati nak guna duit semata-mata untuk bercuti kan?  Untu

yang kedua kali

jangan kata kamu seorang, saya juga mahu peluang kedua! Sebelum aku mula, biar aku ucap kata salam, boleh lah sama sama raih pahala salam. Assalamualaikum! /// *tarik nafas* *pejam mata* 1. Solat lah walau macam mana jahatnya aku sekalipun. Ikhlaskan diri untuk solat. Cuba dan berusahalah sungguh-sungguh untuk sentiasa berhubung dengan Allah. Sebab apa? Sebab Allah juga rindu nak jumpa aku (yang ni sumpah sebak) 2. Sentiasa didik diri untuk melihat kebaikan orang, bukannya kekurangan semata-mata. Kebaikan itu kita boleh ambil dan jadikan ia sebagai satu kekuatan buat kita untuk jadi seperti mereka. Yang buruk itu, jangan diaibkan atau dinilai macam tu, cukuplah ia menjadi pengajaran supaya kita tak ikut perkara buruk mereka tu. 3. Sentiasa didik diri untuk selalu memberi dan sentiasa ikhlas dalam apa jua kebaikan yang kita buat. Biarlah kita buat untuk kemanisan kita, bukan hanya meminta permata daripada manusia. yang paling penting, REDHA ALLAH.