Posts

Showing posts from 2017

K U A T

Pagi ni, sebelum ke kelas pada jam 10:45 pagi nanti aku terlintas untuk menulis sebuah entry yang sedikit panjang. Maklumlah, sudah lama aku tak menulis cerita-cerita panjang sebab aku tak nak kalian rasa bosan dengan cerita-cerita aku yang tak memberi apa-apa impak kepada kalian semua. hehe... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana masih memberi rezeki untuk untuk aku bernafas. Kali ni dah masuk hampir 4 bulan aku dekat Kelantan. Alhamdulillah semua masih dalam keadaan yang baik. Cuma, biasalah tekanan demi tekanan terus datang sampai aku tak tahu bila penghujungnya. Moga-moga semuanya baik-baik belaka! ok, kita sambung. Malam tadi, sempat juga lah aku bagi perut aku gembira sikit sebab dia tak henti-henti merengek minta makanan. Apa lagi? sempat juga lah aku habiskan sepinggan wedges dan 3 cucuk sosej keju bakar yang disapu butter sikit. Alhamdulillah sedap! perut pun kenyang sebelum naik bilik dan terus tidur. Lebih kurang jam 1:15 pagi macam tu, tiba-tiba sahaj...

family peskojaya!

Image
Salah satu peluang baru yang boleh diambil sepanjang bergelar mahasiswa tahun 1 adalah melibatkan diri dalam satu persatuan yang boleh tahan besar juga.  Walaupun aku tidak buat yang terbaik masa interview, tapi rezeki Allah bagi akhirnya aku terpilih juga. *senyum* Bekerja dengan kru-kru dan sekreteriat-sekreteriat yang hebat merupakan salah satu peluang yang agak besar bagi aku sendiri. Walaupun tempohnya tidaklah terlalu lama, tapi sekurang-kurangnya aku belajar. ilmu Allah itu kan luas. Gelak tawa, tekanan, penat lelah, tangisan dan keluhan dalam persatuan ni akan sentiasa dikenang sampai bila-bila :) Moga ia akan menjadi satu langkah permulaan buat diri aku sendiri untuk menjadi yang lebih matang. Apa yang buruk, kita buang. Apa yang baik, kita ambil. 'Family Peskojaya' takkan jadi riuh kalau tiada ada ahli keluarga yang sendu! Terima Kasih semua!

3M #UMKSatuHati

Image
salam. 5-9 September 2017 - Minggu Mesra Mahasiswa (3M)   (lekat sini supaya nanti kalau rindu boleh tatap lama-lama) terima kasih Tuhan atas rezeki. moga ia jadi satu bekalan paling berharga untuk perbaiki diri. moga aku ditemani dengan doa, restu, rahmat dan berkat. #UMKSatuHati

a short entry before bertolak

Image
assalamualaikum it's 9:08 am and i haven't done my cardio routine yet! so, i decided to post an entry on my blog before masuk Uni nanti. well, aku pun ada lebih kurang 1 hari sahaja lagi sebab isnin dah kena gerak ke Pahang, then terus ke Kelantan! ahh i can't wait for this! nak hampir 3 minggu jugaklah aku membongkang kat rumah ni sebab habis kerja 13 august haritu. alhamdulillah, so far everything dah hampir complete! pembayaran yuran pendaftaran Universiti pun dah settle, pembukaan akaun bank pun dah settle, buat ic baru pun sudah (masa tu tiba-tiba je ghaib), beli barang pun sudah, packing pun 90% complete! tunggu nak gerak je ni! sedar tak sedar, aku dah nak melangkah ke tempat yang agak jauh dari tempat aku membesar ni! ye ye, aku tau aku exited, tapi.. siapa yang tak exited bukan? alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ni aku cuba jaga baik-baik. tak sabar nak menuntut ilmu baru. tak sabar nak challenge diri! moga lebih kuat dan terus kuat! walau apa pun, t...

Latihan Fasa Pertama

Image
bismillahirrahmanirrahim bila setiap kali masuk tahun baru, pasti kita semua akan ada azam dan matlamat yang baru. tak kiralah kau muda ke, tua ke. sedangkan bayi juga mempunyai azam baru tau! berjalan dan berlari. macam aku pula, tahun ni punya azam tak segempak dan sehebat azam tahun-tahun sebelumnya. misalnya, berazam nak score result boek punya, nak aktif koku, nak itu nak ini! tahun ni, sedikit berbeza. tapi tak banyak lah. secara fizikalnya, orang akan nampak aku ni kurus keding tau. but in real, im not.  tahun lepas, aku timbang berat. alangkah terkejutnya aku waktu tu bila dapat tahu, berat aku hampir mencecah 60 kg! walaupun BMI aku waktu tu adalah di tahap normal iaitu 21.7. mungkin bagi orang lain, nampak biasa. tapi aku nampak luar biasa! sangat luar biasa.  berat aku start naik mendadak sejak tahun 2012, masa tu aku form 3. almaklumlah, aku start capai puberty masa tahun 2011. hormon tu kurang stabil dan muka mmg selalu breakouts! sama j...