a short entry before bertolak
assalamualaikum
it's 9:08 am and i haven't done my cardio routine yet! so, i decided to post an entry on my blog before masuk Uni nanti. well, aku pun ada lebih kurang 1 hari sahaja lagi sebab isnin dah kena gerak ke Pahang, then terus ke Kelantan! ahh i can't wait for this!
nak hampir 3 minggu jugaklah aku membongkang kat rumah ni sebab habis kerja 13 august haritu. alhamdulillah, so far everything dah hampir complete! pembayaran yuran pendaftaran Universiti pun dah settle, pembukaan akaun bank pun dah settle, buat ic baru pun sudah (masa tu tiba-tiba je ghaib), beli barang pun sudah, packing pun 90% complete! tunggu nak gerak je ni!
sedar tak sedar, aku dah nak melangkah ke tempat yang agak jauh dari tempat aku membesar ni! ye ye, aku tau aku exited, tapi.. siapa yang tak exited bukan? alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ni aku cuba jaga baik-baik. tak sabar nak menuntut ilmu baru. tak sabar nak challenge diri! moga lebih kuat dan terus kuat!
walau apa pun, tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran! moga kita akan jadi yang lebih baik daripada sebelumnya. insha allah :)
Comments
Post a Comment