K U A T

Pagi ni, sebelum ke kelas pada jam 10:45 pagi nanti aku terlintas untuk menulis sebuah entry yang sedikit panjang. Maklumlah, sudah lama aku tak menulis cerita-cerita panjang sebab aku tak nak kalian rasa bosan dengan cerita-cerita aku yang tak memberi apa-apa impak kepada kalian semua. hehe... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana masih memberi rezeki untuk untuk aku bernafas.


Kali ni dah masuk hampir 4 bulan aku dekat Kelantan. Alhamdulillah semua masih dalam keadaan yang baik. Cuma, biasalah tekanan demi tekanan terus datang sampai aku tak tahu bila penghujungnya. Moga-moga semuanya baik-baik belaka!

ok, kita sambung.


Malam tadi, sempat juga lah aku bagi perut aku gembira sikit sebab dia tak henti-henti merengek minta makanan. Apa lagi? sempat juga lah aku habiskan sepinggan wedges dan 3 cucuk sosej keju bakar yang disapu butter sikit. Alhamdulillah sedap! perut pun kenyang sebelum naik bilik dan terus tidur. Lebih kurang jam 1:15 pagi macam tu, tiba-tiba sahaja seorang kawan aku ni nak cerita sesuatu dengan aku dan barangkali sesuatu yang dah lama dia ingin luahkan, tapi dia tak tahu dengan siapa nak luahkan. Jadi, aku cuba mendekatinya dan menjadi pendengar yang setia waktu tu. Ye lah, apabila ada seseorang yang nak ceritakan sesuatu pada kita, why not kita dengar dan cuba faham dengan keadaan mereka. Tak lama pun, sekejap sahaja. Ingat, itu bermakna mereka percaya dengan kita. Kita pun, kena siap sedia untuk kunci segala rahsia yang bakal dia sampaikan dan jangan pula menjadi mulut tempayan menghebahkan segala rahsia kepada sesiapa pun!


Percaya atau tidak, baru aku tahu rupanya sahabat aku merupakan anak yatim. Ayahnya telah meninggal dunia dan dia merupakan salah seorang harapan keluarganya. walaupun mempunyai kakak, tapi dia sangat berdikari dan matang orangnya. Bayangkan, sejak usianya 11 tahun, sudah mula bekerja mengutip cili demi mendapatkan wang tambahan untuk perbelanjaannya. Bayangkan, usia 11 tahun tau! Aku? 11 tahun tu waktu aku tengah seronok-seronok dengan kawan kawan, gaduh-gaduh dan lari sana-sini macam orang gila! Tapi, serius aku kata memang aku agak terkejut dan kagum dengan sahabat aku ni. Moga rezeki luas buatmu sahabat! Sejak kehilangan ayahnya, memang dia dan kakaknya lah yang menjaga ibu dan adik-adik yang lain. Ya, bukan senang untuk menghadapi ujian berat sebegitu rupa! Kalau kita rasa kita susah, ingatlah ada orang yang lebih susah daripada kita. Maka, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Moga kita semua dirahmati Allah.


Lama juga lah kami berborak malam tadi. Tup tap tup tap hampir jam 2 pagi sampaikan aku tak tahu lah berapa banyak darah yang aku dah sumbangkan dekat nyamuk-nyamuk yang cuba cium-cium kaki aku ni. Sebenarnya aku agak tersentuh dengan semua cerita-cerita dan pengalaman pahit yang pernah dia alami selama ni. Aku terharu sebab dia akhirnya cuba meluahkan perasaannya dengan aku. Sahabat aku ni orangnya gila-gila, sangat positif dan susah nak tengok dia sedih mahupun menangis. Tapi ingat, tak semua orang yang kita nampak gembira tu tak mempunyai rasa sedih di dalam hatinya. Setiap kali aku bercakap dengannya, aku akan tenung mata dia. Tak kira lah sesiapa pun, aku akan tetap akan pandang mata mereka supaya kita dapat 'feel' dia tu. Barulah kita boleh menjiwai hatinya dan memahami isi hatinya walaupun sekejap. 


Ya, dia orang yang ceria dan sangat suka ketawa! Tapi, dia pun boleh kalah dengan air mata. Ok lah, actually takda pun air mata yang mengalir, tapi matanya berkaca. Boleh nampak betapa sedihnya dia, betapa tertekannya dia. Setiap kali dia cerita mengenai pengalaman pahit hidupnya, matanya akan terus berkaca. Tapi, dia cuba untuk tak keluarkannya. Aku pula yang sebak. huhu. Sempat jugalah aku bercanda dengan dia untuk hilangkan rasa sebak tu kan. yelah kang nanti kalau sedih sangat, lepu nanti! dah lah hari ni ada kuiz. banyak lagi nak kena cover ni! Jadi, sebagai kawan kan, aku tak nak tengok dia sedih-sedih, perasaannya dipermainkan macam orang lain. Dia seorang yang kuat. Dia mampu hadapi ujian ni berbanding aku. Dia pernah ditikam belakang oleh kawan-kawannya, hatinya pernah terluka lebih pedih daripada aku sendiri. Macam ni pun aku nak mengeluh lagi? mohon sedarlah wahai diri! Banyak moral values yang aku dapat daripada cerita-cerita dia. Betul, lain orang lain ujiannya, lain cabarannya, lain kisahnya. 



Kadang, aku terfikir. Kenapa Allah temukan dengan dia? 


sekali-sekala kena tampar diri sendiri sikit supaya tak selalu melayang. Berdasarkan apa yang aku dengar daripada kisah dia, sedikit sebanyak aku dapat sedarkan diri aku ni bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi ini pasti akan ada ganjarannya suatu hari ni. Cuma cepat atau lambat sahaja. Macam mana susahnya dan pedihnya hati kita, kita perlu kembali kepada Allah. Kita beruntung kerana kita ada Allah. Kita ada tempat untuk kita mengadu. Kita ada tempat untuk bergantung. Bukan pada manusia tapi pada Tuhan kita yang Esa, Allah s.w.t. Kalau kita rasa susah, cepat-cepat ingat Allah. Ya, kita manusia dan suka buat keputusan terburu-buru tanpa fikir apa effect nya pada masa akan datang. Kita suka memberontak, kita suka menyalahkan sesuatu dan tanpa kita sedar, kita tak tahu bahawa kita dah berada di luar kawalan kita sendiri. Itu yang sampai stress tak ingat dunia, tak sedar diri bahawa kita punya Tuhan!!


ini untuk peringatan buat diri sendiri juga


Baiklah, nampaknya masa pun dah banyak terbuang ni. Aku nak cover balik topik-topik untuk kuiz satgi! Moga Allah permudahkan segala urusan kita :)




Comments

Popular posts from this blog

malam

takkan berulang

5 tahun sudah