genap 21 tahun, aku dapat bersama mama sekali lagi, rezeki mana lagi yang aku ingin dustakan? dan selama 21 tahun ini, banyak suka duka aku lalui dengan mama, daripada aku dibelai lembut sewaktu kecil, daripada aku dirotan dan dicubit sewaktu kanak-kanak, daripada aku sering dimarahi dek kerana degil remaja, daripada aku dilontarkan kata kata nasihat, sehinggalah sekarang dilontarkan dengan senyum kasih oleh mama, doa mama pada anaknya tidak pernah putus, begitulah jua doa anaknya pada mama. cukup lah perkara lalu dijadikan kenangan, cukuplah yang lalu dijadikan siksaan jiwa mama, cukuplah yang lalu itu membuatkan air mata mama jatuh sebab aku, cukuplah yang lalu itu berlalu pergi, jangan biarkan ia terjadi sekali lagi. bukan anak yang sempurna, tapi berusaha jadi yang terbaik buat mama, siapa lagi yang sudi dengar masalah dan cerita aku, kalau bukan mama? siapa lagi yang sudi ceramahkan aku, yang sudi ajar aku mengaji, yang sudi bawa aku ke dapur mengenal...