wa-kation (part II) : Langkawi #triplokal2018

Sambungan (part II) ...



Hari ketiga kami di Langkawi, memang dah kurang sikit penatnya. Tapi lebih kepada rasa 'exited' sebab nak kena bakar kalori lebih sikit. Tapi, sebelum tu, pekena dulu nasi lemak dengan air kosong untuk sarapan. Lokasi nasi lemak tu aku tak snap sebab phone tengah charge dalam bilik. pandai-pandailah korang cari kedai nasi lemak kat Langkawi tu. Banyak je

Lepas dah sarapan, kitorang satu family decide untuk pergi Sky Bridge, Langkawi. Alaa, yang ada cable car tu. Untuk harga tiket, better kalian google dulu untuk mengelakkan sebarang pembaziran atau terlebih bajet. Kitorang actually tak buat research sgt pasal cable car tu. Main agak je harga tiket. agak-agak rm 50 seorang tu tak lari. Sekali, sampai je dekat Sybridge tu, memang betul lah. Kalau tak silap ada dalam 3 atau 4 pakej yang ditawarkan dekat Sky Bridge tu. Pakej paling murah paling basic adalah sebanyak RM 45 per adult dan RM 30 per child (2-12 tahun). Dalam pakej tu, kalian boleh pusing pusing kat atas tu, masuk 3D Art Museum, SkyTrex, Sky Dome dgn apa lagi tah aku tak ingat. Nak tahu lebih lagi, boleh KLIK SINI. Bagi aku, worth it lah juga untuk harga RM 45 tu, cuma bila dah sampai kat atas tu, kena banyak bersabar sikit lah. Kitorang habiskan hampir 5 jam pusing-pusing dekat Sky Bridge, masuk museum semua. Biasalah, tempat tarikan pelancong ni memang ramai orang. Masa dekat atas tu, kena banyak sabar sebab nak tunggu turn naik turun semua. So, agak agak kalau lutut cepat lenguh ke sakit ke apa, takyah naik lah. hahahaha kk akak gurau je.






Mama cam gayat sikit masa dekat atas. Dia takut sikit sampai taknak pandang bawah. Masa atas jambatan pun dia pegang je pagar tu sebab takut jatuh. Masa tu aku punya gelak macam jilake tau tak. Abah pun lebih kurang je gayat nya. Lagi-lagi masa dalam cable car tu. Memang abah ada kata yang dia cam gayat sikit, tapi sebab aku exited and aku tak pernah lagi naik sebelum ni, so aku positifkan semua orang. Alhamdulillah, masa dalam cable car tu takda angin ribut semua. Aku cam biasolah, selagi battery phone tengah okay, memang takkan stop ambil gambar. 





Aku nak selit padlock pun tak tau nak selitkan dengan siapa. Orang single, mampu tengok je lah. Ok lah aku okay je. Aku okay :')

okay, lepas dah habis naik turun dekat atas skybrige tu, kitorang pusing-pusing dekat 3D Art Museum pulak. Masa ni masing-masing dah perut lapar sebenarnya. Tapi sebab 45 ringgit punya pasal, kitorang onz je. Jujur kata, aku tak reti posing dekat 3D Art Museum ni. I tried my best tapi lepas tgk je gambor-gambor, aduh cam buruk pulak. So, i decided untuk tangkapkan gambar orang je lah pastu tangkap je lah mana-mana yang rasa cantik. i have to practice more! pfftt

Sepanjang dalam museum ni, boleh kata aku okay je sebab aku selalu jadi mangsa adik aku. Setiap port dia nak ambil. ok lah, nasib baik lah aku okay tengah tengah lapar pun. Masa ni, kitorang dua beradik merayau-rayau sampai tinggalkan mama dengan abah. Tah mana mana kitorang pusing. Bior lah love birds tu nak sweet sweet jap. Bukan selalu. balik hotel, mama pulak komen kenapa gambar dia banyak senget senget. pastu tak puas hati sebab abah tangkap gambar tak purfect! aduhhh terhibur aku! *gelak*





Banyak lagi gambar-gambar dekat Museum ni tapi aku malas nak edit banyak-banyak. Cam biaso, kamera aku guna ni kamera phone Lenovo A5000 je. Nak edit lelawa, biasanya aku guna Vsco lah! tu je paling best aku guna setakat ni. Unfortunately, kitorang tak pergi Sky Trex sebab dia tengan renovate and Sky Dome pun kitorang tak masuk, sebab kitorang kena tunggu setengah jam untuk tengok wayang dalam tu. Wayang start jam 3 petang. Kitorang pun dah lapar, memang tak lah cerita dia nak tunggu lama-lama kat situ. Kitorang dah penat. Before kitorang balik, kitorang sempat singgah dekat kedai chocolates area situ. Cari lah sikit sikit buat makan makan dalam hotel nanti. 


Alhamdulillah, takda apa-apa  yang buruk berlaku dekat kitorang semasa trip ke sana. Everything went so well and aku pun enjoy, family aku enjoy sebab akhirnya hajat kitorang nak naik sampai puncak tu dah berjaya. tapi poket je tak enjoy kekekeke Alhamdulillah sebab Allah masih bagi rezeki untuk bawa kami satu family menikmati kebesaran ciptaan-nya dan dari situ, kita boleh muhasabah diri lah sekejap. Kalau korang dapat rezeki mcm ni, banyak banyaklah ucapkan Subhanallah sebab ini salah satu tanda kita bersyukur dan betul-betul hargai ciptaan Tuhan. Insha Allah, kalau ada rezeki, kita boleh jalan-jalan lagi.


One more thing, nak pergi sini better pergi pagi pagi sebab tak panas sangat. lepas sarapan terus gerak. And, tolong lah pakai sunblock kalau tak nak sunburn. Aku menyesal sebab tak pakai. Burn lah sikit muka tu. Tapi, takpalah. Aku okay.


aku dah takda idea nak sambung.
kbaiii




Comments

Popular posts from this blog

takkan berulang

5:30 am

5 tahun sudah