wa-kation (part I) : Langkawi #triplokal2018
Pertama kali aku jejakkan kaki ke Langkawi pada tahun 2010 masa tu aku berumur 13 tahun. jujur kata, memang aku macam jakun sikit sebab selama ni aku tak pernah pergi, tapi bila dapat rezeki untuk pergi sana, dia punya exited tu lain macam sikit. Bajet pun aku rasa lebih juga kot hahaha!
Aku pernah cakap dengan parents aku yang aku teringin nak pergi Langkawi sekali lagi sebab aku masih tak puas hati sebab dulu tak dapat naik cable car! kononnya lah. Bertahun juga lah tunggu bila lah aku nak jejakkan kaki dekat Langkawi ni lagi. Aku pun tak tahu lah kenapa aku macam beriya gila nak pergi buat kali kedua.
Alhamdulillah, rezeki tahun baru ni aku dapat jejakkan kaki ke Langkawi sekali lagi. Hampir 8 tahun juga lah aku tunggu. Tapi, tu lah kena fikir juga. Aku ni bercuti bukan guna duit aku, tapi duit mak bapak ku jugak. hahaha! Lagipun, untuk orang yang biasa biasa macam aku ni, mesti kena ada bajet. Bukannya sesuka hati nak guna duit semata-mata untuk bercuti kan?
Untuk percutian kali ni, kitorang satu family memang ikut bajet which is, kitorang kurangkan membeli-belah and lebih fokuskan kepada berjalan dan enjoy the view je. Berbeza dengan mula-mula kitorang pergi Langkawi dulu, bajet memang tinggi sikit. lagi-lagi bila bawa tok ayah dengan nenek aku. So, bajetnya tinggi. Belum lagi kira bajet hotel, makan, tiket sana sini, beli barang-barang (macam kau tak tahu mak mak nenek nenek ni diorang minat apa kan), and sewa kereta lagi. Memang serious aku kata, tinggi jugaklah bajet. Aku pernah tanya abah berapa banyak duit habis masa pergi Langkawi dulu? Dia diam je pastu gelak gelak. ok lah, kau paham paham je lah! Mungkin itu lah sebab nya kenapa abah selalu ada je alasan nak pergi Langkawi sekali lagi. hahahahah! Ok lah, aku faham aku faham.
Macam aku kata, percutian kali ni kitorg lebih fokus kepada tempat-tempat yang kitorang belum pernah pergi lagi. Tak banyak pun, tapi cukuplah untuk merasa nikmat dunia ni. Nikmat dunia yang Allah dah bagi untuk kita terus mengenali dan melihat kebesaran ciptaan-Nya. gituuhhh!! Oh ya, actually aku cam exited tau sebab mama tiba tiba dia call aku (masa tu aku dekat kelantan, tak balik cuti sem lagi and baru habis exam). Mama bagitau last minit yang kitorang akan bercuti and gila kau! siapa yang tak exited? cam tau tau je aku baru habis tension lepas satu sem. alaa chill lah, baru sem dah kecoh. alahh alahh!!
Ok, sebelum aku mula, kalian jangan expect untuk aku ceritakan all the bajet dalam percutian kali ni sebab aku pun tak tahu banyak mana. ye lah, dapat tahu pun last minit. aku pun ada juga try tanya parents aku, tapi informasinya kurang jelas. kekeke
Baiklah, untuk percutian kali ni, kitorang tak guna kereta sewa sebab katanya, bajetnya pun tinggi sedikit berbanding bawa kereta sendiri. aku tak tahu lah, tapi aku rasa lebih kurang je kot kalau kereta korang bukan jenis yang jimat minyak, mungkin banyak duit habis dekat isi minyak. plus, sewa kereta pun boleh tahan mahal juga. kalau tak silap, ada yang cecah RM 60 - RM 80 sehari mengikut jenis kereta. Aku tak pasti. Ikut pada kemampuan kalian juga lah ya.
Honestly, aku tak berapa suka kalau naik feri ni. Sebab dia macam lama gila plus dia lembab sikit. Then, aku jenis yang cepat pening... so memang cepat rasa nak muntah muntah. Tapi sebab aku exited en, so aku cam acah kental je. Tapi, for those yang tak suka nak tunggu lama-lama, boleh lah book flight sebab lagi cepat. Tapi, aku rasa it's okay lah kalau dapat naik feri ni sebab sekurang-kurangnya dapat lah aku enjoy the view yang subhanallah cantik sangat! Aku jenis yang tak suka dengan crowds, so bila tengok air laut, bukit bukau kiri kanan kan dia rasa lapang sangat. Boleh kata, it's worth it lah kalau nak jalan jalan jauh berbanding naik flight. Tapi, lain orang lain citarasa kan? Sepanjang aku kat dalam feri ni, memang aku lapangkan masa untuk lihat pemandangan sebab bila lagi kan nak dapat pengalaman macam ni. Even tengah panas yang suhunya hampir mencecah 33 degree celcius, tapi aku tak kisah. Still dapat juga rasa angin angin sepoi sepoi bahasa tu acah acah Titanic sikit. nak lagi best, boleh lah nyanyi sikit sebab takda orang dengar suara kau.
Hampir 2 jam lebih jugaklah kitorang dalam feri siap boleh tertidur tengok filem hindustan. Perut pun berbunyi, dengan panasnya, dengan dahaga lagi. Sampai je Langkawi, kitorang terus check in hotel, solat dan baru cari makan. Ok lah, untuk first place tempat makan, kitorang singgah dekat Laksa Ikan Sekoq, lokasinya berhampiran dengan Langkawi Airport (Padang Matsirat). Korang boleh waze location and dekat situ ada banyak lori jual laksa, so korang pilih je mana mana. Mulanya, kitorang nak try makan dekat Laksa Power, tapi tak bukak lagi. Aku dah menggigil kelaparan, so kitorang pilih je memana. Aku jenis yang tak boleh kalau lunch takda nasi. Mesti nak cari nasi jugak. Nak harapkan laksa, memang nanti aku meroyan lapar balik. Sekali makan nasi cukuplah kan. Nasib baiklah ada jual nasi ayam sekali. Mama dgn abah order laksa, nasi ayam untuk aku dengan adik plus ada ayam madu sekoq sekali. Alhamdulillah kenyang. Then, balik hotel untuk rehat sehari sebab kitorang macam penat gila!
Okay lah, cukup takat ni dulu. Ada masa aku update part II pula ya!
Assalamualaikum!
Comments
Post a Comment