Posts

Showing posts from December, 2017

K U A T

Pagi ni, sebelum ke kelas pada jam 10:45 pagi nanti aku terlintas untuk menulis sebuah entry yang sedikit panjang. Maklumlah, sudah lama aku tak menulis cerita-cerita panjang sebab aku tak nak kalian rasa bosan dengan cerita-cerita aku yang tak memberi apa-apa impak kepada kalian semua. hehe... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana masih memberi rezeki untuk untuk aku bernafas. Kali ni dah masuk hampir 4 bulan aku dekat Kelantan. Alhamdulillah semua masih dalam keadaan yang baik. Cuma, biasalah tekanan demi tekanan terus datang sampai aku tak tahu bila penghujungnya. Moga-moga semuanya baik-baik belaka! ok, kita sambung. Malam tadi, sempat juga lah aku bagi perut aku gembira sikit sebab dia tak henti-henti merengek minta makanan. Apa lagi? sempat juga lah aku habiskan sepinggan wedges dan 3 cucuk sosej keju bakar yang disapu butter sikit. Alhamdulillah sedap! perut pun kenyang sebelum naik bilik dan terus tidur. Lebih kurang jam 1:15 pagi macam tu, tiba-tiba sahaj...