Posts

Showing posts from April, 2018

takkan berulang

.    .    .    .    .    .    .    . Malam ini, aku duduk seorang. menanti malam esok, berharap takkan berulang, biar ia dikenang, sampai jadi dendam. dendam tergantung, dalam hati sepi. aku lari, sekali lagi.

kerana lelaki itu...

dan kerana lelaki itu, seorang hamba yang berat dosa akhirmya jatuhkan egonya demi keredhaan dan kerana lelaki itu, kata-kata manusia tajam tapi belum tentu mampu tikam sebuah kejayaan selagi usaha dan doa terus kuat dan kerana lelaki itu, berfikir sebelum berkata-kata lebih banyak baiknya daripada berkata guna emosi dan kerana lelaki itu juga lah, dia menjadi asbab mengapa kita manusia perlu saling memaafkan dan saling menyayangi. untuk lelaki itu selamat maju jaya dan teruskan lah dengan kebaikan dan teruskan berkongsi ilmu kerana orang macam kamu memang jarang kita nampak tapi rupanya sangat dekat dengan manusia. -didedikasikan untuk kamu yang mengenali saya di sekolah-