hati keras macam batu
salam. yang hipokrit itu aku. extra-hipokritis simptom. angan angan seorang muslim yang mungkin sahaja dikesan melalui kad pengenalan (aku) adalah untuk jadi hamba bertaqwa. gelak! lupa pula, tadi zuhur pun lambat lambatkan. asar lagi lah. al quran tu dah berapa lama terperap atas meja? tangan kanan bila nak memberi? asyik merungut ja. berapa banyak manusia jadi mangsa kamu? berapa kali bersangka buruk dan bercakap kotor di belakang manusia? dengan keluarga pun nak berkira? dengan Tuhan pun selalu sangka buruk! mana keyakinan pada Tuhan? tapi nak minta jadi hamba taqwa? tak malu ka? sampai kesudah tak nampak silap sendiri. biadab sungguh!