Latihan Fasa Pertama

bismillahirrahmanirrahim


bila setiap kali masuk tahun baru, pasti kita semua akan ada azam dan matlamat yang baru. tak kiralah kau muda ke, tua ke. sedangkan bayi juga mempunyai azam baru tau!

berjalan dan berlari.

macam aku pula, tahun ni punya azam tak segempak dan sehebat azam tahun-tahun sebelumnya. misalnya, berazam nak score result boek punya, nak aktif koku, nak itu nak ini! tahun ni, sedikit berbeza. tapi tak banyak lah.

secara fizikalnya, orang akan nampak aku ni kurus keding tau. but in real, im not. 

tahun lepas, aku timbang berat. alangkah terkejutnya aku waktu tu bila dapat tahu, berat aku hampir mencecah 60 kg! walaupun BMI aku waktu tu adalah di tahap normal iaitu 21.7. mungkin bagi orang lain, nampak biasa. tapi aku nampak luar biasa! sangat luar biasa. 

berat aku start naik mendadak sejak tahun 2012, masa tu aku form 3. almaklumlah, aku start capai puberty masa tahun 2011. hormon tu kurang stabil dan muka mmg selalu breakouts! sama jugaklah macam makan. masa pemakanan juga tak stabil. kuantiti makan pun kurang stabil. kualiti makanan jangan cakaplah. lebih daripada tak stabil! main sumbat je apa apa dalam mulut ni. nak bersenam? mimpi lah!

sampai suatu masa aku sedar yang aku punya berat semakin meningkat. pipi juga semakin mengembang. perut, lengan, paha semakin menunjukkan perbezaan dari semasa ke semasa. memang frust tau!

aku ingatkan, last year boleh lah jaga makan, turunkan berat badan. setiap kali time rehat pukul 10.30 tu, mmg aku kurangkan makan makanan berat. so, i chose to eat something yang ringan lah kononnya. padahal, dalam tak sedar makanan yang ringan dan tak mengenyangkan tu lah yang banyak jumlah kalori. yang banyak lemak jahat masuk dalam badan! dah lah lapar. balik sekolah sahaja, aku lapar. hari-hari mcm tu! balik rumah apa lagi.. pergi dapur, cari nasi! takda nasi, cari maggi. itulah rutin hari-hari! ini betul betul kritikal! mi segera tu dah mula sebati dengan perut aku. dah tak hirau dah apa orang nak cakap. kalau perut kata lapar, nak maggi...maggi juga yang aku bagi! 

sedar tak sedar, aku mula dapat rasa yang badan aku semakin hari semakin membulat. bayangkan, aku pernah sahur makan nasi sampai 2-3 pinggan. lepas makan, minum air...nak solat pun termengah-mengah. lepas tu, baring. itu baaru bulan puasa. kononnya bolehlah kawal diri, kawal nafsu semua. tapi sembang!! maka, hasrat dan niat terpaksa dibuang jauh-jauh. tapi, yang peliknya disini, masih ada lagi orang kata aku kurus. oh kejap. ni bukan riak eh. bukan! tapi pelik. persoalan mula timbul.


siapa yang nak overweight? siapa yang nak obesiti? semua taknak kan? 

aku pernah dengar satu  quote. "skinny doesn't mean healthy!"

mcm cliche kan ayat tu?
haa, cliche pun bermakna tau. meh sini nak habaq!

korang pelik tak, kenapa ada orang makan banyak tapi still kurus? berat still maintain je. perut tak buncit..pipi tak tembam.. double chin pun takda. pernah kan?

some people said, tu semua sebab metabolism diorang tinggi! baiklah, bab bab metabolism ni aku taknak cerita sebab kurang arif. tapi tapi tapi.. tak semestinya, orang yang seperti itu, metabolism nya tinggi. ada senior aku pernah cakap, orang yang still nampak kurus ni, walaupun makan banyak, tetap kurus. salah satu sebabnya ialah perletakan lemak dalam badan. mcm ni, lemak lemak diorang tu mungkin tak terlekat kat perut, tapi terlekat kat jantung! jantung diorang tu yang diselaputi lemak-lemak jahat ni. bila dah terlekat, saluran mula tersumbat. masa tu, barulah ada masalah kolestrol tinggi. 

okay, nak dijadikan cerita.. ada classmate aku ni kurus orangnya. mmg kurus. keding. berat pun dalam 45 kg atau mungkin kurang lagi. sekali, dia pergi check, dia menghidap kolestrol yang tinggi. 6 bulan dia tak boleh makan nasi. kita orang melayu. tekak ni mesti nak nasi punya! so, dia struggle jugaklah makan benda lain selain nasi. dia boleh makan sumber karbohidrat yang lain selain nasi sahaja. kesian kan? ingat, "skinny doesn't mean healthy". eh tapi jangan silap.. walaupun ia tak tertulis "fat doesn't mean unhealthy", jangan rasa bangga walaupun anda berbadan gempal akan sentiasa sihat ya. bukan! lemak tetap lemak! lemak jahat yang banyak dalam pun tak elok jugak. takut penyakit lain pula yang datang! banyak jugaklah aku dengar cerita-cerita yang kurang enak mengenai tubuh badan manusia ni. bagi mengelakkan rasa down mahupun negativity dalam diri, aku terus beralih untuk membaca lebih banyak artikel mengenai kesihatan tubuh badan. sentiasa cari maklumat tentang pemakanan yang sihat, kualiti makanan yang mcm mana yang kita perlu, kuantiti makanan yang sepatutnya. kadang tu, sampai layan video senaman yang bermacam-macam di laman Youtube! takpalah kalau hanya sekadar berangan dan hangat hangat taik ayam sekalipun, yang penting semangat tu kena kuat! 

sampai lah suatu tahap, aku betul betul berazam nak jaga cara pemakanan aku. nak tengok sama ada boleh berjaya atau tidak!

/////

kali ni aku tak main-main. dah tak mahu sembang kencang tapi buatnya tidak. 

aku takda diet plan ke apa tau. takda. cuma sentiasa betulkan mindset dan terus bersikap positif kepada diri sendiri. memandangkan aku punya nafsu makan ni masih tinggi, jadi mmg susah nak disiplinkan diri. tapi takpa, aku cuba sikit demi sikit.

start bulan januari 2017, aku mula kerja part-time. duit belanja aku fix kan sebanyak rm 10 sehari. so kiranya, belanja untuk sebulan lebih kurang rm 300 lah. duit juga memainkan peranan penting dalam berdiet ni. so, kena tough sikit! 

Perkara paling penting dalam berdiet ialah waktu makan! 

before nak start, kena buat research dulu supaya tak silap. sebab itu, breakfast sangat penting! penting! ada orang, tak breakfast, kononnya nnti tak makan banyak. tapi mereka silap. kalau tak breakfast, kita akan lebih cepat berasa lapar dan lebih banyak makan tau! sebab tu, masa makan tengah hari dia punya melantak tu lain macam sebab sarapan mereka dah skip awal awal! waktu breakfast juga penting. kalau boleh cuba amalkan breakfast antara waktu 6.00 pagi sehingga 9.00 pagi. itu merupakan waktu yang sesuai utk breakfast. brunch ke apa, tak perlu lebih-lebih. cukup sekadar ambil 2-3 keping biskut atau roti, atau nak lebih baik, makan buah-buahan waktu brunch tu. and, jenis makanan untuk breakfast juga sangat penting. kalau boleh jangan terlalu heavy atau terlalu manis kerana mungkin ia akan menyumbangkan lebih banyak kalori dalam badan. kalau sekeping roti canai kosong dah mencecah 300 kalori, apatah lagi makanan tengah hari dan makan malam. belum lagi snack time dan sebagainya. mungkin boleh cecah 1500 kalori sehari. atau lebih drpd tu. 

alhamdulillah, rezeki tahun ni, aku dapat amalkan breakfast yang agak "baik" dan tak terlalu tinggi kalorinya. aku amalkan makan oats pagi pagi. oats ni rasa dia plain sangat, bagi yang tk suka, boleh tambah kan flavor. campurlah dengan air susu coklat ke, letak buah pisang ke, letak chocolate chips ke.. aku pun mcm tu jugak mula-mula. tapi lama-lama, aku dah biasa dengan rasa oats ni smpaikan aku rasa mcm tak cukup nak makan satu mangkuk. tapi, kena ingat. jangan terlalu berlebihan. makan berpada-pada. kalau nak fancy sikit, korang juga boleh buat healthy pancakes. tak susah pun. korang hanya perlukan 3 bahan utama sahaja. i got this recipe from Karlie Kloss (klik link utk resepi). kalau tak boleh terima juga rasa oats ni, boleh lah breakfast dengan Nestum, buah-buahan, roti wholemeal sapu dengan peanut butter sikit, telur rebus dua biji ke, atau tak kisahlah apa-apa yang nutritious untuk breakfast. mr Google kan ada. jangan malas untuk mencari dan membaca ya!

baiklah, untuk tengah hari pula, mmg waktu yang mencabar. memandangkan aku belanja rm 10 sehari utk bekerja, aku kena pandai pilih makanan. jadi, aku ambil peluang ni. aku bukan Atkiners. aku tak buat eat clean tau. sebab aku diet berdasarkan cara yang sesuai dengan aku. aku pun tak lalu jugak nak makan salad hari hari beb! so, aku tetap pilih nasi, lauk dan sayur sebagai pelengkap hidangan tengah hari. orang berdiet yang makan nasi pun boleh lose weight tau! jangan memain!!


yes! inilah apa yang aku ikut dalam menjaga kuantiti pemakanan aku. boleh refer dan cari lebih banyak maklumat melalui Google. jangan malas membaca ya! so, setiap kali nak beli makan, aku akan pilih lauk yang sesuai. biasanya aku akan pilih lauk ayam atau ikan. nak cari ikan bakar agak mahal, so, terpaksa ambil yang lain. contohnya mcm ayam kari, asam pedas ikan pari atau pun ayam goreng. tapi, kuah aku tak letak smpai banjir. sebab kuantiti nasi tu sikit. so, tak perlu banyak banyak. cukup sekadar membasahkan nasi sahaja. untuk sayur pula, aku akan pilih sayur campur. tapi, tengok juga, kalau minyak yang digunakan terlalu banyak, aku akan gantikan dengan ulam-ulaman. kurang minyak, dan lebih menyihatkan. make sure, korang basuh sekali lagi ulam-ulaman tu before makan. lebih terjamin lah sikit kebersihannya. ihiks! before makan berat, aku practice makan buah. kadang-kadang tu after makan baru makan buah. tapi takpalah, jadikan buah sebagai satu snek yang sihat. itu lebih baik daripada memilih ice cream mc flurry D24 ya!


baik, sekarang kita beralih kepada makan malam pula. yang ni, mmg aku selalu skip jugak. mula-mula, aku ingatkan...makan malam ni boleh buat gemuk. but hey, i was wrong! cara dia lebih kurang sama dengan makan tengah hari tadi. kuantiti yang sama, cara yang sama. cuma..waktu makan je kena lebih hati-hati. aku train diri aku untuk tak makan lebih daripada jam 10 malam. paling lewat pun pukul 9 malam aku makan. tapi, disebabkan aku balik kerja pukul 9 malam, jadi aku kena makan malam awal sikit. biasanya pukul 6.30 petang aku dah start makan malam. tapi, biasalah..dekat tempat aku, pukul 6.30 petang tu, restoran dah tak jual nasi campur. kalau ada pun, makanan panas mcm nasi goreng ke apa tu.. pernah juga aku order makan mcm tu sbb lapar sangat. sekali, ambik kau! nasi dia bergunung! minyak dia agak banyak! sayur keciput! ayam sotong daging pun keciput! so, aku tukar plan. aku pilih bubur mcD ataupun roti ke pau ke. yes, bubur mcD. macam dah langgar pantang larang berdiet kan? tapi tak selalu lah. biasanya aku akan bawak bekal dari rumah. so, aku akan divide kan, satu bekas utk tengah hari, satu bekas lagi untuk makan malam. so, dapat lah berjimat kat situ. biasanya lauk je lah yang aku bawak. nasi putih dan sayur, aku beli kat kedai. senang kan?

Air. Ini pun penting jugak untuk kita. Aku train diri aku untuk tak minum terlalu banyak air manis kat luar dan lebihkan minum air putih. hari-hari aku bawa. Tapi, kadang-kadang tu, kalau dah craving nak minum air manis, aku beli je. 

another pantang larang yang aku cuba jaga semasa dalam tempoh berdiet ni ialah kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. tapi, kadang-kadang tu makan jugaklah sebab ada org bagi, kadang-kadang tu ada cheat day lah apa lah..tapi still kena control. tak mahu lah melantak macam syaiton kan.. gelojoh! ice cream pun aku cuba kurangkan..padahal itu lah yang buat aku lemah sekejap. kalau aku betul-betul craving je aku akan makan. kalau nak makan selalu tu, rasanya tak kot. hahaha! burger pun aku cuba kurangkan, french fries atau apa-apa fast foods pun aku cuba kurangkan. bukannya tak makan langsung, cuma KURANGKAN. jangan selalu ya! 


and last but not least, bersenam. part ni mmg aku agak slow sikit sebab aku bukannya kaki senam dan taklah terlalu rajin nak workout nak berjogging hari hari. tapi, aku cuba! aku cuba betulkan mindset. Aku berdiet dan bersenam ni untuk dapatkan kesihatan badan yang lebih baik. so, kadang-kadang tu smpai paksa diri buat cardio workouts dekat rumah before pergi kerja! tapi, once dah start, rasa seronok! sedar tak sedar, habis satu jam bersenam! good job dearself!

tepuk bahu sikit!!

biar sikit, janji konsisten. aku selalu pegang kata-kata ni. mmg aku kadang-kadang tu tak konsisten, tapi aku cuba. kita boleh cuba yang terbaik untuk hasil yang terbaik! alhamdulillah, setakat ni, cara makan aku masih dalam kawalan dan boleh dikawal lagi. aku risau masa aku duduk di Universiti nanti. moga-moga tak tersasar lah. harapnya begitu! apa lagi? kena buat preparation awal-awal dan dapatkan tips-tips berguna daripada coach-coach yang hebat! yang penting jangan malas mencari, jangan malas membaca!


setakat ni sahaja perkongsian aku hari ni. insha allah, aku cuba kongsikan apa yang aku boleh kongsi di lain hari ya! moga bermanfaat!



Comments

Popular posts from this blog

takkan berulang

5:30 am

5 tahun sudah